Saya bertugas sebagai Pengurus Pemasaran dan Komunikasi
Korporat di Syarikat Ict Consult Centre, di Sabah. Dalam masa yang sama saya turut kendalikan beberapa buah syarikat milik
sendiri iaitu Syarikat Gagasan Nina Holding, Eishan Marketing &
Trainning, Nina Global dan Asmara Bersatu Group. Dengan sedikit pengalaman
yang ada saya bersama kumpulan pengurusan Ict telah mengembeling tenaga
sehingga berjaya menjadikan Syarikat Ict Consult Centre sebuah entiti berkaitan
Ict yang disegani di daerah Kota Belud.
Banyak program yang dilakukan mendapat perhatian pelbagai
pihak termasuk mendapat liputan didalam media cetak mahupun elektronik. Apapun saya berpendapat
bahawa”Setiap kesusahan pasti ada peluang”. Justeru itu saya sentiasa
berfikiran positif dan yakin bahawa setiap yang diusahakan pasti ada hasilnya.
Malahan saya amat yakin bahawa produk Makrker Pen ini adalah yang terbaik
dan mampu dimiliki oleh pengguna berdasarkan harga yang murah tetapi mempunyai
fungsi yang cukup unik.
Selain itu, saya turut pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai
Pemantau Harga di Kementerian Perdagangan, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
cawangan Tuaran. Namun kerana minat mendalam saya dalam bidang perniagaan
akhirnya saya bertekad berhenti dan menceburkan diri sepenuh masa dengan
dunia perniagaan.
Berniaga dengan jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh adalah teras utama perjalana saya dalam dunia perniagaan. Saya ingin mempelawa tuan/puan yang ingin berniaga secara jujur dan ikhlas agar menyertai saya serta rakan-rakan yang ada agar dapat mewujudkan satu komuniti ahli perniagaan yang bukan sahaja berjaya dalam pelbagai bidang bahkan turut di segani oleh masyarakat di Sabah. "Berniaga Sambil Beramal, Sempoi Tapi Kaw-kaw".
Salam Perkenalan dan Persahabatan.
No comments:
Post a Comment